TERIMA KASIH PENGANJUR KEMPEN MENCARI TEMAN
Alhamdulillah, Syukur pada ALLAH SWT, memberi peluang kepada diri ini bersama program Dakwah yang baik dilaksanakan oleh Pusat Islam dan Pembangunan Insan Universiti Malaysia Pahang bersama Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM). Ceramah atau 'TALK' disampaikan oleh PU LUQMAN berkenaan Teman. Dimana ada suatu kisah sahabat Nabi SAW bernama Saad yang mukanya tidak segak. Lalu dia muram dan sedih kerana wajahnya. Lalu NABI SAW menyuruh dia meminang anak gadis yang paling cantik di Madinah ketika itu. Tatkala berjumpa dengan keluarga gadis, si ayah hampir menolak pinangan kerana tidak mahu menantukan seorang yang tidak segak kerana anak gadisnya sangat cantik. Lalu anaknya berkata, beliau hadir kerana permintaan Rasulullah, adakah ayah mahu menolak hajat Rasulullah. Setelah mendengar kata-kata tersebut lalu si ayah terus berjumpa Saad tetapi terlupa akan batang kayu yang dipegang. Saad melihat batang kayu dipegang si bapa terus lari ke Masjid berjumpa dengan Rasulullah. Si b