BERTEMANKAN DAKWAH DAN TARBIYYAH
Makna Dakwah dan Tarbiyyah adalah pinjaman dari bahasa arab iaitu menyeru dan mendidik. Tidak lain dan tidak bukan mestilah kedua-dua ini berjalan seiringan dalam kehidupan kita sebagai seorang hamba. Untuk mengajak kepada kebaikan dan menjadi diri lebih baik. Maka cacatlah kehidupan jika salah satunya hilang. "Ibarat isi dan kuku, ibarat irama dan lagu"
Imam Hassan Al-Basri berkata
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan"
Terbaik boskuu
ReplyDelete