BERTEMANKAN WUDUK ATAU CORONA

Dunia digembar kan dengan satu wabak yang dinamakan sebagai Corona Virus atau COVID-19 atau Wuhan Virus sempena nama satu wilayah di Wuhan China. Penyakit ini boleh merebak melalui sentuhan (https://www.infosihat.gov.my/index.php/wabak-novel-coronavirus-atau-2019ncov). Seluruh negara sangat berhati-hati dengan serangan wabak ini kerana penyakit ini boleh meragut nyawa.




Namun apa yang menarik ada penemuan oleh pakar mengatakan bahawa wuduk mampu mencegah dari jangkitan. Namun belum diilmiahkan secara terperinci (https://www.liputan6.com/cek-fakta/read/4173060/cek-fakta-wudhu-bisa-cegah-virus-corona-ini-faktanya). Objektifnya ialah kebersihan mestilah dijaga dan diutamakan.

Bertemankan wuduk bukan sahaja dapat menyucikan anggota badan semata-mata, tetapi juga dapat membersihkan hati dan jiwa. Ada suatu hadis yang menceritakan bagaimana wuduk dapat menggugurkan dosa-dosa kecil (https://people.utm.my/ajmain/2016/09/15/koleksi-hadis-228-air-basuhan-wuduk-menggugurkan-dosa-anggota-wuduk/). Juga anggota wuduk akan bercahaya diakhirat kelak (https://people.utm.my/ajmain/2016/09/15/koleksi-hadis-223-anggota-wuduk-bercahaya-di-hari-kiamat/).

Jadi penulis ingin berkongsi berkenaan wuduk.


Syarat sah wuduk ada 7:

1. Orang yang mengambil wuduk mestilah seorang Islam.

2. Sudah tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk, bersih dan yang kotor, atau disebut juga sebagai mumaiyiz

3. Jika yang mengambil wuduk adalah seorang wanita, hendaklah dia suci daripada haid dan nifas.

4. Pastikan tiada bahan pada kulit yang boleh menghalang air sampai ke kulit seperti gincu dan plaster menampal luka.

5. Tahu fardu wuduk iaitu yang mana wajib dan yang mana sunat.

6. Gunakan air mutlak atau air yang suci untuk mengambil wuduk.


7. Pastikan wuduk dengan sempurna iaitu air sampai rata pada bahagian-bahagian wuduk.



Manakala Rukun Wuduk ada 6 perkara:

1. Berniat mengambil wuduk.

2. Membasuh muka dengan meratakan air dari tempat tumbuh rambut kepala hingga kedua-dua tulang dagu dan antara
cuping telinga dan anak telinga kiri.

3. Sapu dua tangan serta dua siku.

4. Sapu sebahagian daripada kepala.

5. Membasuh dua kaki serta dua buku lali.

6. Tertib.



Cara berwuduk pula:

1. Membaca Basmallah sambil mencuci kedua belah tangan sampai ke pergelangan tangan.

2. Berkumur-kumur tiga kali.

3. Memasukkan air ke lubang hidung sebanyak 3 kali.

4. Membasuh muka 3 kali dari tempat tumbuh rambut kepala hingga ke bawah dagu, dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri, sambil berniat mengambil wuduk.

5. Basuh tangan hingga ke siku tiga kali.

6. Menyapu sebahagian rambut di kepala dengan air tiga kali.

7. Menyapu dengan air ke telinga 3 kali.

8. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali tiga kali.

9. Membaca doa wuduk.



Ayuh amalkan wuduk dengan sempurna, "Kamu buat , kamu dapat".





Comments

Popular posts from this blog

CARA MUDAH PENGIRAAN Subnetting dan VLSM (DATA COMMUNICATION & NETWORKING)

BERTEMANKAN DAKWAH DAN TARBIYYAH

TUJUAN MEDIUM BLOG