TEMAN, KAU DIMANA?
Pepatah melayu ada menyatakan "berkawan biar seribu, berkasih biar satu". Saya pula ingin tambah "bermusuh jangan sekali". Mengapa berkawan biar seribu? Hal ini demikian kerana teman atau kawan yang akan bersama kita saat senang mahupun susah. Mungkin jika kita boleh fokuskan lagi makna teman iaitu sahabat kita, ataupun kekasih kita.
Ya, susah bukan mengenali seseorang yang kita tidak kenali. Mungkin mengambil masa untuk kita kenal orang baru. Namun sedarkah kita, untuk menjadi teman mestilah dimulakan dengan perkenalan orang baru. Apabila umur meningkat dewasa, kita akan mula meramaikan teman kita sama ada untuk bersukan, memenuhi hobi, meluangkan masa, ulangkaji atau sebagainya.
Istilah "teman" mungkin akan menjadi lagi tepat apabila seseorang itu hadir dalam hidup kita dan kita telah terhutang budi padanya. Hutang budi kerana dia setia saat kita susah.
Juga istilah "teman" boleh kita fokuskan kepada mereka yang kita sangat kasih padanya. Kita cinta dan sayang padanya. Cinta dan sayang di istilahkan orang seorang ulamak bernama Ibnu Qayyim Al-Jauziah dalam bukunya "cara memendam rindu", mengatakan cinta adalah memabukkan dan menyebabkan orang bercinta akan korbankan apa yang dia cintakan.
Juga istilah "teman" boleh didefinisikan kepada alQuran yang akan menemani kita dalam alam dimana tiada siapa dapat membantu kita selain alQuran yakni alam barzakh (alam kubur). Saat itu hanya alQuran akan menemani kita.
Istilah-istilah diatas tidak ada maknanya jika kita tidak sandarkan kepada ALLAH SWT. Kita ingin bertemankan manusia, biarlah teman kerana ALLAH. Maka jelas bahasa, teman sejati akan menjadi lagi indah saat ALLAH menjadi sandaran hidup kita. Wallahua'lam.

Comments
Post a Comment