Rezeki 2024 [Ramdhan 8]

 Assalmualaikum wbt, 


Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT atas segala nikmat. Tiada yang lebih hebat melainkan Allah SWT yang mencipta dan mengatur segalanya. 


Tahun 2024, Mac merupakan sejarah diri yang sangat bermakna saat Allah mengatur diri ini untuk merantau ke Negeri Melaka. Tidak pernah dalam fikiran akan ke Melaka meneruskan perjuangan hidup bersama isteri dan anak-anak (Hanna dalam kandungan) di Melaka. 


Tentunya pengalaman di SEGi University Kota Damansara menjadi permulaan diriku sebagai pendidik dan terjun ke bidang "Education", akan diaplikasikan ditempat baharu. 


Benar, apabila Allah sudah tentukan rezeki mu, bergolek macam mana sekalipun, tetap kita akan dapat. Tapi kalau bukan rezeki, berpulas macam mana sekalipun, tetap akan terlepas.


Rezeki diri ini untuk masuk ke Universiti Awam Universiti Teknikal Malaysia Malaka (UTeM) tidak pernah ada dalam perancangan. Namun perancangan Allah lebih terbaik dari apa yang kita rancang. Rezeki anak bernama Umar fateh, dapat kerja di SEGi. InshAllah reseki anak Hanna (dalam kandungan dan tidak tahu lagi jantina) Allah rezekikan ke UTeM. 

Gambar sebelum ditembuduga oleh UTeM.

Surat sampai di Kampung, Abah Mak paling gembira.

Anak dan isteri tercinta.

Allahu Akbar, sekadar menumpang rezeki anak isteri. Alhamdulillah ya Allah. 


Comments

Popular posts from this blog

CARA MUDAH PENGIRAAN Subnetting dan VLSM (DATA COMMUNICATION & NETWORKING)

BERTEMANKAN DAKWAH DAN TARBIYYAH

TUJUAN MEDIUM BLOG