TEMPAT BEST DI CAMERON HIGHLANDS (Tips,Trick, Sharing)
Assalamualaikum wbt,
Syukur kepada ALLAH SWT diberikan lagi kesempatan untuk melihat kebesaran ALLAH diatas bumi ini. Jadi, hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama isteri tercinta bermusafir ke Cameron Highland, Pahang Darul Makmur.
Ini ringkasan penjalanan kami.
Kuala Lumpur - Cameron Valley2 - Tanah Rata (Nasi Lemak Abang) - Copthorne Hotel - Kea Far, (Sheep Santuary, Kea Market, Kea Garden) - Taman Rama-rama Brinchang - Boh Tea Center (Sg Palas) - Lavender Garden - Green View - Ipoh (Nasi Lemak Cakcibor) - Hotel Tower Regency - Kuala Lumpur
Total permusafiran kami 3 hari 2 malam. Alhamdulillah banyak tempat kami cover. (Bolehlah)
Cameron Valley 2
Perjalanan kami dari Kuala Lumpur melalui Highway Duke dan terus ke Lebuh raya Utara Selatan mengambil masa selama 3 jam untuk sampai ke Tanah Rata. Balik kerja (Kerja shift malam) dalam jam 9.30 pagi terus naik Lebuh Raya. Dalam perjalanan sebenarnya ada air terjun Jeram tapi kami teruskan perjalanan kerana tidak berniat untuk singgah. Dari lebih raya kami keluar ke Tapah dan Tol sebanyak RM15++. Jalan naik keatas boleh tahan jugak sebab sempit dan berlengkang lekok. Kalau siapa tak tahan pejam mata jelah ye. (Jangan driver plak pejam mata)
Perjalanan dari Stapah ke Cameron memang akan melalui Cameron Valley 1 dan 2. Kami ambil yang CV2 sebab CV1 terlepas dan terlalu ramai orang. Kami sempat ambil gambar dan jujur pemandangan sangat indah, Alhamdulillah. Udara segar sangat disana.
Kos: Free (kalau ambil pakej Adventure tu lainlah ye)
Nasi Lemak Abang Taman Sedia Tanah Rata
Sampai Tanah Rata, memang best sebab banyak kedai di Taman Sedia. (Satu-satunya penempatan orang Melayu). Jadi kami sampai dalam 1.30 ptg terus cari makanlah sebab dah lapar. Kami pergi "weekdays" sebab kami nak elakkan orang ramai (tapi weekdays pun ramai). Cuma untungnya kami dapat parking kereta dekat dengan kedai Opah dan kedai Abang.
Elok je parking tetiba hujan, alamak!
Tapi rezeki kami makan dikedai abang, sebab kedai Opah terpaksa menunggu 1jam lebih kalau nak makan nasi lemak strawberry. So kami order nasi lemak strawberry dan scorn. Bagi saya, just nice untuk makan cuma faham-fahamlah kawasan peranginan, harga janganlah banding sangat sebab kos disana agak tinggi. Tapi overall sangat best. Tips di Taman Sedia, hanya disini ada Strawberry Putih. Diatas sana tak akan jumpa sebab katanya Strawberry ini limited guys. So Ingat, sampai Taman Sedia cari Strawberry tu. Banyak homestay dan hotel disana. Bolehlah kalau bawak family kesana cuma kami ada plan lain kenapa kami tidak pilih hotel ditanah rata. Nak tahu? Baca lagi .. hehe..
Copthorne Hotel
Selesai makan terus kami check in Hotel. Tempah agooda, bilik semalaman RM250++. Kira murah la kut naa, sebab Covid. Bilik King Deluxe, pemandangan nice nampak bukit bukau mengadap Kea Farm. Dalam jam 3.40 petang kami dapat masuk bilik. Sejuk dia, ya Ampun .. Lepas hujan kan. Isteriku yang paling excited sebab katanya inilah kali pertama dia jejak kaki ke Cameron. Ya ALLAH, terima kasih ya ALLAH kau pinjamkan isteriku ini sampai hari ini, mudah-mudahan aku mampu gembirakannya sampai bila-bila. Amen. (tolong amenkan ya)
Setelah mandi dan berehat, bermulalah kepeningan kepalaku (Kerja malam, balik terus gerak). Jadi petang tersebut kami rehat dan menikmati pemandangan. Dalam jam 6 petang bila pening kepada sudah surut, kami keluar ke bandar Brinchang nak cari makan malam.
Guys, di bandar Brinchang ada Super Market, Family Mart, ATM, Stesen Minyak. So, isi minyak dan belilah makanan alas perut kalau sampai sana. Sebab malam di Cameron agak mati. Jadi paling baik ialah makan je maggi atau makanan ringan kat Hotel. Lagi best ... Sarapan disini banyak pilihan, saya cadangkan ambil dengan sarapan pagi dihotel sebab banyak pilihan untuk sarapan anda.
Kea Market
Antara sebab pilih Copthorne Hotel sebab dia dah ada kat atas sekali. Kedua dekat dengan Kea Farm, Kea Market, Kea Garden dan sheep santuary. So boleh pergi semua tempat dalam satu masa. Bijakkan! Jadi inilah tips kalau korang naik Cameron pastikan terus rancang perjalanan dan persinggahan. Sebab untuk buat uturn atas sana memang susah dan makan masa. So, kalau tengok ringkasan kami diatas memang kami dah rancang naik dari bawah, terus singgah di setiap tempat peranginan tu. Alhamdulillah belajar dari kakak shue semua nie.
Tips lain, kami sarapan dihotel dan siap makan dalam jam 8.30 pagi terus ke Kea Market. Plan kami menjadi, Kea Market baru nak buka kami ambil kesempatan survey sayur , coklat dan Strawberry murah. Ya, memang menjadi sebab orang masih tak ramai. Orang dari Tanah Rata belum naik. Jadi alhamdulillah kami jumpa RM10 dapat 8 sayur dan Straberry Murah (RM35 dapat 3 bekas standard) bersama coklat RM 10 dapat 3 bekas. Market farm susah nak jumpa peniaga melayu so, orang Cina memang menghargai First Customer sebab mereka percaya ada ONG maaa... Korang nak beli cactus pun ada disini. Pendek kata, apa-apa yang nak beli, borang disini sebab sini murah dan banyak pilihan. Tempat lain susah nak jumpa. So, tips.. Kat sini korang borong semua yang nak dan jangan membazir naaa...
Kos: Free
Sheep Santuary
Sheep Santuary tempat terbaik kalau ada anak-anak. Masuk dewasa RM8 dan kanak-kanak RM5. Berbaloi jugak sebab dapat palet makanan kambing. Kawasan sheep tu bertangga menurun dan mereka lepaskan beberapa kambing yang saya kira jinak dan gemuk. So boleh tengok Video kat bawah isteri aku bagi makan kambing (tapi aku confuse dia bagi makan atau suruh kambing tu kutip makanan kat tanah.. haha).
Ramai yang bawak anak-anak dan ada yang nangis sebab takut kat kambing. Kambing ini bukan kambing kampung, tapi kambing biri-biri yang bulu lembut, serius lembut. Gemuk semua.
Kos: RM8 dewasa
Kea Garden
Kami berkesempatan masuk ke Kea garden. Kea Garden ni ada ditengah-tengah Kea Market dan dia kena masuk ke bawah. Dalam perjalanan ke bawah tu, kami sempat beli Sweet Potato (Kentang manis kukus). Sedap. dia manis dan kena sediakan air sebab lekat ditekak. Kea Garden menyediakan penginapan sebenarnya. Kalau korang nak duduk dalam taman, boleh tempat Kea Garden Residen kalau tak salah. Best, semua tempat ada disekeliling. Makan pun mudah kerana ada disediakan steamboat untuk makan malam. So, buat pilihan terbaik!
Dekat sini kami makan Ice Cream Yogurt jenama PUKU. Kena try. Harga RM6.
Kos: Free
Taman Rama-Rama
Setelah kami check out Hotel, kami terus ke Taman rama-rama. Satu lagi tempat untuk bawak anak-anak boleh ke Taman Rama-Rama. Lokasi terun dari Brinchang ke Simpang Pulai. Dekat dengan Hotel Copthorne je. So kami singgah ambil gambar. Macam-macam haiwan, serangga dan reptilia untuk tatapan kita disana. Ulat gonggok disana gemuk-gemuk tau..
Kos: RM10 dewasa
Boh Tea Center
Kalau tak singgah kat sini rasanya rugi sangat. Jujur cakap disini memang best bila sampai. Perjalanan dia melalui Sg Palas, agak sempit dan berpusing. Apa bila sampai, perasaan rasa seperti nak tnggal dan duduk disana. Cantik sungguh pemandangan, subhanALLAH. Kami sampai disana dan memang niat nak makan scorn dan beli teh boh songket disana. Borang untuk family dan mak mertua (menantu mithali kan.. haha). Kami makan scorn panas-panas dengan teh tarik sedap. Cuma korang kena daki nak tangga sikitlah ye untuk makan kat atas tu. Semput jugak oiii... Haha...
Kos: Free
Lavender Garden
Orang kata kena singgah sini, jadi kamipun ambil kepetusan singgah sebab memang dalam perjalanan turun kebawah dah. Alhamdulillah timing kami ALLAH atur cantik. Dapat parking dekat. Kami akan baca doa makan (sebenarnya bukan doa makan tapi doa mohon keberkatan) apabila mencari parking bersama-sama. Alhamdulillah memang dapat. Ni tips. Kami pun makan Ice Cream Lavender. Just nice. Di sini, pemandangan korang penuh dengan bunga. Pandang kiri kanan semua bunga. So betullah petah mengatakan "Bunga bukan sekuntum" (ok just kidding). Diatas ni ada Surau untuk kita solat.
Alhamdulillah, dapat penuhi hajat Isteri. Masuk ke Garden ni RM15 dewasa.
Kos: RM10 dewasa
Green View Garden
Kalau korang naik dari simpang pulai, just terbalikkan ringkasan perjalanan tu dari Ipoh. So korang akan jumpa Green View Garden. Taman dia tidak sebesar Lavender tapi just nice, ada kedai makan dan boleh beli strawberry. Cuma tak bnyak pilihanlah.
Kos: Free
Nasi Lemak CakCibor
Kami memang niat nak singgah Nasi Lemak Cak Cibor. Dimiliki oleh Junior dan kawan beliau. Apa yang menarik di Cak Cibor bukan biasa-biasa. Lauknya pelbagai dan harga sangat berpatuta. Korang kalau singgah Ipoh terus ke Gerai Nasi Lemak Cak Cibor ni. Serius best.
Sambil kami ingin melawat ayah Junior ini yang mengidap strok. Tapi alhamdulillah, Junior ni memang sambut kami dengan gembira walaupun kami nampak kepenatan diwajah beliau. Kami bermalam di Hotel Tower Regency ditaja oleh kakak ipar. Sarapan disini tidak sebanyak di Copthorne tapi nasi lemak dia tip top!
Alhamdulillah, "short escape" kami berjalan dengan lancar. Syukur sangat diberikan kesempatan sebegini. Mudahan-mudah pembaca dapat manfaatnya, Terima Kasih.
Comments
Post a Comment