Hidup = Perjalanan Kematian

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah syukur pada Allah SWT, yang memberikan hidayah ,inayah pada kita semua. Allahu Akbar, Allah Maha Besar, tiada yang setanding kebesaranNya.

Lama tidak menulis Blog, setelah satu wabak melanda Dunia, iaitu Covid19. Hebat kuasa Allah menghantar makhluk yang amat halus menggentarkan hati-hati manusia. Hebatkah manusia? Tidak sama sekali, dengan serangan Covid, ratusan ribu yang hilang nyawa.

Ketika Blog ini ditulis, penulis berada di Kuala Lumpur mencari rezeki halal, mendapat tawaran menjadi Protege di sebuah syarikat insuran. Satu pengalaman hidup yang telah tercatat dalam kamus ini, untuk ke KL.

Dalam kesibukan mencari rezeki, penulis sempat memerhati manusia sekeliling. Mencari dunia sehinggakan sujud pada dunia itulah mungkin perumpamaan manusia di sini. Tiada masa bersama keluarga apa lagi ibadah.

Disini, tiada erti hidup tanpa wang. Wang disini terlalu mahal walhal, wang hanyalah alat membahagiakan yang belum tentu dapat bahagiakan kita kita bukan? Kita banyak wang, tapi belum tentu ketika sakit wang wang sembuhkan kita.

Penulis terasa sangat sayu, ya Allah, kurniakan kekuatan padaku. Jauh disudut hati, penulis rindu ditanah tumpah negeri tercinta. Sebab itulah pentingnya, memahamkan Islam dari awal. Jauhnya, manusia dari Tuhan.

Doa yang dapatku titipkan. Semoga ada cahayabdisebalik kusam kamus hidup ini. Amen.



ShahMoza



Pemandangan dari Menara 

Comments

Popular posts from this blog

CARA MUDAH PENGIRAAN Subnetting dan VLSM (DATA COMMUNICATION & NETWORKING)

BERTEMANKAN DAKWAH DAN TARBIYYAH

TUJUAN MEDIUM BLOG