Rezeki 2024 [Ramdhan 8]
Assalmualaikum wbt, Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT atas segala nikmat. Tiada yang lebih hebat melainkan Allah SWT yang mencipta dan mengatur segalanya. Tahun 2024, Mac merupakan sejarah diri yang sangat bermakna saat Allah mengatur diri ini untuk merantau ke Negeri Melaka. Tidak pernah dalam fikiran akan ke Melaka meneruskan perjuangan hidup bersama isteri dan anak-anak (Hanna dalam kandungan) di Melaka. Tentunya pengalaman di SEGi University Kota Damansara menjadi permulaan diriku sebagai pendidik dan terjun ke bidang "Education", akan diaplikasikan ditempat baharu. Benar, apabila Allah sudah tentukan rezeki mu, bergolek macam mana sekalipun, tetap kita akan dapat. Tapi kalau bukan rezeki, berpulas macam mana sekalipun, tetap akan terlepas. Rezeki diri ini untuk masuk ke Universiti Awam Universiti Teknikal Malaysia Malaka (UTeM) tidak pernah ada dalam perancangan. Namun perancangan Allah lebih terbaik dari apa yang kita rancang. Rezeki anak bernama Umar fateh, dap