Hidup = Perjalanan Kematian
Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah syukur pada Allah SWT, yang memberikan hidayah ,inayah pada kita semua. Allahu Akbar, Allah Maha Besar, tiada yang setanding kebesaranNya. Lama tidak menulis Blog, setelah satu wabak melanda Dunia, iaitu Covid19. Hebat kuasa Allah menghantar makhluk yang amat halus menggentarkan hati-hati manusia. Hebatkah manusia? Tidak sama sekali, dengan serangan Covid, ratusan ribu yang hilang nyawa. Ketika Blog ini ditulis, penulis berada di Kuala Lumpur mencari rezeki halal, mendapat tawaran menjadi Protege di sebuah syarikat insuran. Satu pengalaman hidup yang telah tercatat dalam kamus ini, untuk ke KL. Dalam kesibukan mencari rezeki, penulis sempat memerhati manusia sekeliling. Mencari dunia sehinggakan sujud pada dunia itulah mungkin perumpamaan manusia di sini. Tiada masa bersama keluarga apa lagi ibadah. Disini, tiada erti hidup tanpa wang. Wang disini terlalu mahal walhal, wang hanyalah alat membahagiakan yang belum tentu dapat bahagiakan kita k