MERAIKAN TETAMU
Bismillah, Apa khabar semua sahabat-sahabat yang disayangi kerana ALLAH WBT, Semua sihat belaka hendaknya. Perjalanan hidup kita jangan dikosongkan dengan hati yang gersang. Hati yang kontang menyebabkan hilangnya seri kehidupan. Lalu bagaimana untuk kita menyerikan hidup? Ingin saya kongsikan tips yang mungkin sesuai dengan diri kita. Raikan tetamu! Ya, tetamu ini sebenarnya pembawa rezeki, Terutama apa bila tetamu ini ialah adik-beradik kita. Siapa yang sudah merindui zaman kita bersama adik-beradik bermakna tanda kita sudah besar. Sudah sampai masa kita merindui mereka. Bergurau senda, merajuk dan berkelahi tetap mereka adik-beradik kita. Malah dalam Islam merekalah orang-orang yang pertama mesti dibantu saat susah. Jadi, raikan mereka seperti masa kita merindui mereka dizaman kenalnya kita pada kehidupan. Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga ketemu lagi, ShUmi :) #dahSmart #smarti #chocoTub